Thursday, January 27, 2011

ResePi KejAyaAN

(1)

KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ADALAH IMPIAN SETIAP INSAN


Kecemerlangan ialah suatu puncak yang tinggi dan gah untuk dicapai, ia sedia ada
dimana-mana ,dan ia merupakan satu peluang yang pasti akan didapati oleh sesiapa jua .
Tugas kita ialah berusaha mendapatkan peluang tersebut. Namun cara dan bagaimana kaedahnya terletak di tangan kita.
Kerana peluang itu tidak akan datang menerpa kearah kita selagi kita tidak mencarinya ,
kita sering dengar bahawa setiap kejayaan itu hanya diukur dengan usaha danketekunan awalnya, namun kita tidak harus lupa bahawa usaha sahaja bukan lah menjadi asas yang ulung dalam menggapai cita-cita. Malah usaha yang tepat ialah yang diiringi dengan metod atau susuncara yang betul dan disertai doa sepanjang masa

SETIAP MANUSIA BERPOTENSI UNTUK CEMERLANG

Kenapa tidaknya, Kerana kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah dan disediakan kepada kita kemudahan untuk belajar dan mencapai kecemerlangan.persediaan itu ialah:-

1- Apa yang ada pada diri kita seperti pancaindra, kesihatan, dan tenaga fizikal.
Allah berfirman:



( والله أخرجكم من بطون أمهاتكم لا تعلمون شيئا وجعل لكم السمع ولأبصار ولأفئدة لعلكم تشكرون)
Allah telah melahirkan kamu dari kandungan ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui apa apa , dan selepas itu di peruntukkan kepada kamu keupayaan mendengar dan melihat serta hati dan perasaan semoga dengan itu kamu bersyukur. )ا لنحل78 )
2- Apa yang terdapat di sekeliling kita seperti manusia ,haiwan , makhluk-makhluk Allah yang lain , termasuk prasarana dan peralatan.


( وسخرلكم ما في السموات وما في الأرض وأسبغ عليكم نعمه ظاهرة وباطنة ( لقمان 20 )

Dan Allah telah mempermudahkan untuk kamu segala apa yang ada dilangit dan juga dibumi serta dilmpahkan keatas kamu nikmat nikmatnya yang zahir dan batin.

3- Fitrah dan keupayaan yang dianugerahkan Allah seperti minda yang cerdas, bakat sedia ada, perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu, serta ilham dan hidayah.


( 2 )

SELAIN ITU KITA MESTI MEMPRAKTIKKAN KAEDAH , STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN TERTENTU SEHINGGA SEBATI DENGAN JIWA DAN MENJADI WATAK KITA.

KESAN YANG DAPAT KITA RASAI APABILA BELAJAR DENGAN CARA YANG BETUL
• Keseronokan dan minat yang tinggi ketika belajar.
• Rasa bosan , letih dan jemu dengan sendirinya akan hilang.
• Meningkatkan tumpuan ketika belajar
• Mendapat kefahaman yang cepat dan mendalam.
• kemantapan daya ingatan.
• Peningkatan upaya dan kemampuan minda.
• Menguatkan jiwa, semangat dan perasaan.


Sesungguhnya Kejayaan itu Akan tercipta Apabila :
• Manusia biasa seperti anda.
• Datang dari keluarga biasa.
• Dengan kecerdasan biasa.
• Berada dimana-mana jua.
Tetapi berusaha secara luar biasa

من جد وجد * ومن زرع حصد

Sesiapa yang bersungguh sungguh dia dapat ,
dan sesiapa mengusahakan tanaman dia akan menuai hasil mahsulnya .

LANGKAH-LANGKAH DAN SYARAT MENUJU KEJAYAAN

1- Memiliki Motivasi dan keinginan yang tinggi.( الحرص (
Caranya:
a)Bayangkan kejayaan atau kecemerlangan itu di dalam minda anda . lakukan sekerap munkin.Gunakan pemikiran anda yang kreatif untuk membayangkan kejayaan yang tertinggi yang mampu dilukiskan oleh minda.
b) Lakarkan langkah demi langkah untuk menjadikan bayangan itu satu realiti .
jadikan langkah anda ibarat jentolak yang tidak jemu membelah bukit dan gunung untuk melurus dan meratakan lebuh raya yang sedang dibina.
c) Jadikan kejayaan orang terdahulu sebagai panduan dan kayu ukur.serta pembakar semangat.
d) Tanamkan keyakinan dalam diri anda bahawa Allah telah jadikan anda dalam sebaik-baik kejadian, dan anda adalah ciptaan Allah yang hebat.
e) Andainya dalam proses mencapai kejayaan tersebut anda sering kali tersasar dan terseleweng dari trek yang ditetapkan, ayuh kembalilah memasuki trek yang asal dengan segera, kerana kereta api yang tersasar dari landasannya tidak akan sampai ke destinasi yang dituju selama-lamanya.
f)Awas ! rintangan dan halangan sentiasa membuatkan semangat anda lemah . itulah duri-duri perjuangan yang perlu dirungkai . ibarat pejalan kaki di dalam belukar, sudah tentu kakinya tercalar dan terluka. Namun menyerah kalah tidak sekali. Orang yang menyerah kalah di tengah perjalanan akan kecundang sebelum kalah keseluruhannya.
Allah telah berikan kebebasan penuh untuk menentukan nasib anda . ibarat pelayar di lautan , kemudi sudah di tangan. Kompas sudah anda miliki . Jadikanlah orang disekeliling anda sebagai pembantu dan pendorong kejayaan anda.



(3)

2- Meningkatkan keupayaan minda dan merrangsangnya ((الذكاء
Caranya:
• Tulis dalam diari anda perkara yang baik dan positif setiap hari.
• Berkawan dengan orang yang bersikap dan berfikiran positif .
• Sentiasa merangsang orang lain untuk menjadi hebat.
• Membaca buku-buku motivasi
• Mengambil perhatian serta mencatat kata-kata semangat ,nasihat,kata-kata hikmah dan sebagainya.
• Amalkan pemakanan yang baik dan seimbang.
• Menjaga waktu dan mutu tidur.
• Sentiasa berdoa kehadrat yang maha kuasa.
• Membaca alquran dan zikir.


Orang yang berjaya:
• Sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan hina, ia tidak bergantung harap kepada sesiapa selain beusaha , berdoa dan berserah kepada yang maha esa.
• Waktu istirahat adalah seperti kerja, dan waktu kerja pula seakan–akan istirahat baginya.
• Dia sentiasa:
Diredhai Allah kerana keimanan dan ketaqwaannya .
Disayangi keluarga kerana kelembutan dan kehalusan budinya .
Dicintai manusia kerana akhlak nilai dan tutur katanya.
Dihormati masyarakat kerana manfaat dan khidmat darinya


Cici –ciri orang yang berjaya itu:

Akalnya tidak mudah kecundang dek hasutan nafsunya .
Kesabarannya tidak tergugat oleh kelemahan dirinya,
Tidak mudah terpedaya oleh setiap hasutan datang melanda .
Tidak disibukkan oleh sesuatu yang lagha dan tidak ada manfaatnya.

Ketahuilah Sebenarnya:
• Tidur itu akan terasa nikmatnya bagi yang penat dan letih bekerja .
• Makan yang paling terasa nikmatnya apabila di makan ketika terasa laparnya.
• Orang tidak akan lari daripada air selagi tidak terjadinya banjir.
• Orang yang malas sebenarnya ketinggalan,
Orang yang mengantuk sebenarnya sudah lama tertidur,
Orang yang mempunyai masa terluang sebenarnya menganggur,
Orang yang hanya pandai angan-angan sebenarnya papa kedana.

( 4 )


Tekun dan bersungguh-sungguh.( اجتهاد)
Kesungguhan dan ketekunan akan datang dalam diri sesaorang apabila keinginannya mendalam , dan ketahuilah bahawa keinginan atau selera terhadap sesuatu itu tidak akan timbul andai ia tidak tahu nilai dan kelebihannya.
Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu yang tinggi mutunya, kerana ubat yang pahit tetap menjadi rebutan kerana kemujarabannya, bagitu juga setiap suntikan yang menyakitkan kita tetap sabar menahannya demi mencegah dari jangkitan kuman .
Justeru itu dalam mengejar impian tidak akan wujud keluhan kerana keinginan dan kesungguhan telah melenyapkan segala kesukaran.
Namun bagitu perlu kita sedari andainya dari awal perjalanan hingga kepertengahan jalan ia masih terasa ringan apa yang dijinjingkan… kerana setiap perjalanan mengejar impian menuju puncak kecemerlangan ia tidak dapat lari dari terasa berat bebanan ,kerana setiap bekas yang semakin bertambah isinya pasti akan bertambah berat timbangannya.

Oleh itu elakkan perasaan jemu, mengantuk dan lemah dengan minda yang keriatif, caranya:-
• Gunakan kedua-dua belah anggota badan yang Allah anugerahkan kepada anda seperti tangan, kaki gerakkan kedua-duanya untuk memberi keseimbangan ketika belajar.
• Gunakan warna-warna sesuai untuk merangsang kedua-dua belah otak.
• Manfaatkan Alam Sekitar ketika belajar , nikmati kedamaian dan kehijauan pemandangan ciptaan Allah.
• Gunakan haruman dan wangi-wangian kerana ia melahirkan kecerian dan didekati para malaikat.
• Sentiasa ceria dengan senyuman yang lahir dari hati yang bersih.
• Bersihkan diri selalu dengan mandi dan berudhuk.
• Bersukan . kerana minda yang cergas berada pada tubuh-badan yang sihat.

العقل السليم في الجسم السليم
Sedarlah bahawa:

TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU

HENDAK SERIBU DAYA * MAHU SERIBU CARA

JIKA TIDAK MAHU……………….TENTU BERBAGAI CARA BOLEH ANDA REKA

Segala halangan dan kepayahan adalah sebagai pembakar semangat dalam meniti perjalanan menuju puncak sebuah kejayaan




Wednesday, January 19, 2011

DOa QuNuT NaZiLaH


Antara sighah qunut nazilah yang boleh digunakan :
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ ِفي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ

اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ

وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ

يَا قَهَّارُ... يَا جَبَّارُ... يَا مُنْتَقِمُ!

يَا اللهُ ) 3 مرّات (

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَاب...وَيَا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ الأَحْزَاب...
اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Sesungguhnya qunut nazilah adalah antara yang disyariatkan di dalam Islam yang antaranya bertujuan sebagai doa kepada saudara-saudara Islam yang ditimpa musibah seperti ditimpa peperangan.

Doa qunut ini dibaca pada setiap kali solat fardhu yang lima. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: " لأقَرِّبَنَّ صَلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقْنُتُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الظُّهْرِ وَصَلَاةِ الْعِشَاءِ وَصَلَاةِ الصُّبْحِ بَعْدَ مَا يَقُولُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَيَدْعُو لِلْمُؤْمِنِينَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَ
متفق عليه

Disunatkan juga agar bacaan doa itu hendaklah ringkas,pendek dan tidak memanjang-manjangkannya.Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

حديث أَنَسٍ رضي الله عنه لما سئل : هَلْ قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ؟ قَالَ: نَعَمْ بَعْدَ الرُّكُوعِ يَسِيرًا
أخرجه مسلم

Doa qunut nazilah juga tidak dikhususkan pada lafaz-lafaz tertentu.Oleh demikian itu,boleh digunakna lafaz seperti yang di atas.

Secara ringkas,cara pelaksanaan qunut nazilah tidak berbeza daripada qunut pada solat Subuh melainkan pada lafaz.
Oleh demikian itu,rentetan serangan pengganas dunia tentera israel ketika ini ke atas rakyat Peletin terutamanya saudara seIslam kita,marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kepada Allah agar umat Islam pada hari ini dibagi kekuatan dan kemenangan antara caranya adalah mengamalkan qunut nazilah seperti di atas.Kita pohon pada Allah supaya umat Islam Palestin diberi kekuatan dalam menghadapi musibah dan serangan Palestin serta dihapuskan kekuatan dan serangan Israel walau dengan apa cara sekalipun.Kita berserah kepada kehendak Allah dalam memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang merupakan umat kesayangan kekasihNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.